Tuesday 23 October 2012

Petua dari khazahah Alam Semulajadi

Petua ini telah saya cuba terlebih dahulu dan ternyata ada benarnya.. oleh itu saya perturunkan untuk dikongsi bersama.

1.Cara menghilangkan bubuk dalam beras
Ambil beberapa helai daun limau purut dan masukkan ke dalam beras, kemudian tutup rapat. Mudah mudahan tiada lagi bubuk yang merayap bila beras tersimpan lama.

2.Cili kering yang sihat dan tahan lama
Ambil cili kering yang anda beli, buangkan bijinya. rendam sebentar bersama air panas. Cuci kemudian dikisar hingga halus. masukkan sedikit air dan sedikit garam ke dalam periuk dan masak sehingga cili tersebut pekat sepertimana cili kisar. sejukkan , masuk ke dalam bekas bertutup rapi dan simpan dalam peti sejuk... Sekarang anda tidak perlu lagi memasak menggunakan cili kisar yang berpengawet dari kedai.

3.Rambut yang lembut mengurai dan wangi.
Sebelum bershampoo, pakailah minyak zaiton pada rambut anda dan biarkan selama 1 jam. selepas itu di shampo dan siram bersih. selepas itu ramas limau purut dan sapukan pada rambut dan kulit kepala.. Cubalah.. anda tentu selesa dengan hasilnya.

4.Menghilangkan bau hapak dalam dapur, kereta atau kasut
Ambil beberapa ketul arang kayu , masukkan dalam bekas yang sesuai dan letakkan pada sudut bagi tempat yang bermasalah.. insyaallah, tiada lagi bau hapak.

5.Cara mengatasi kulit bayi yang kemerahan akibat lampin
Ambil beberapa titis minyak zaitun dan sapukan pada kulit bayi sebelum dipakaikan lampin.. Kulit bayi akan terlindung dari kemerahan dan melecet.

6.Mengatasi sakit kepala akibat migrain
Titiskan minyak habbatussauda ke atas kepala dan picit atau urut kulit kepala . lakukan sewaktu malam sebelum tidur. jangan bimbang minyak Habbatussauda tidak menimbulkan bau yang kuat dan kepala tidak akan panas.. sangat mujarab.

7. Cara menjaga kebersihan bahagian sulit dari jangkitan kulat, gatal-gatal selepas haid
Semasa mandi sapukan dengan garam bukit yang dibancuh atau sekiranya garam tersebut dalam bentuk buku seperi sabun, gosok perlahan-lahan pada tempat yang berkaitan. Bilas bersih...

8. Cara mengelakkan rambut kering menjadi bertambah kering selepas bersyampu.
Sapukan rambut dengan minyak zaitun setengah jam sebelum bersyampu. Kemudian teruskan bersyampu atau biarkan semalaman minyak zaitun pada kulit kepala, barulah di cuci.

9. Khasiat madu lebah
Madu merupakan salah satu makanan terbaik. Salah satu khasiatnya ialah untuk memutihkan atau menjernihkan semula mata merah atau sakit mata. caranya ambil setitis madu dan sapukan sekeliling mata pada waktu malam sebelum tidur. Insya Allah akan ada perbezaannya, cuma sebelum sapu berdoalah mohon kesembuhan dan pastikan madu yang diguna yang asli, bukan madu sintetik atau tiruan.

10. Cara melegakan tekak perit akibat batuk atau gatal-gatal tekak yang menyebabkan batuk

Ambil sesudu garam bukit dan campurkan dengan segelas air. kacau sehingga garam hancur dan berkumur sehingga air habis. lakukan sekerap mungkin terutama sebelum tidur dan bangun pagi. Insyaallah akan lega batuk dan perit tekak.

11.  Petua menghilangkan kotoran degil pada pakaian
Caranya gunakan sabun mandi pada bahagian kotoran dan sental dgn tgn terlebih dulu sebelum memberusnya.kotoran seperti darah atau lain-lain akan beransur hilang..

12.kotoran degil
Sekiranya pakaian terkena kotoran yang sukar untuk ditanggalkan anda tidak perlu cemas untuk mengatasinya. Cubalah gunakan sabun mandi. Caranya rendam pakaian tersebut kemudian sentalkan sabun pada bahagian kotor..perlahan lahan betuslah dengan sabar...insyaAllah akan hilang kotoran tersebut.


Lemon amat baik untuk menjaga kaki yang kusam dan kering. caranya titiskan beberapa titisan lemon dan ditambah dengan beberapa titisan olive oil. masukkan air suam dan rendamlah kaki anda. Kini anda akan mendapat kaki dan kuku yang sihat sekiranya diamalkan selalu.. insyaAllah.



13.    Kelapa parut  tahan lama.
Bagi seseorang yang tidak mempunyai banyak masa untuk ke kedai apalagi hanya untuk membeli kelapa parut..caranya beli dengan kuantiti yang agak banyak. Sebelum disimpan sejuk beku..kukus terlebih dahulu kelapa parut tersebut kira kira 15 minit. Selepas itu bahagikan beberapa bahagian yang diperlukan setiap kali memasak..masukkan setiap bahagian ke dalan plastik berasingan..simpan kemas dalam peti tempat dingin beku...ambilah bahagian yang diperlukan sahaja setiap kali hendak memasak...insyaallah kelapa ini akan tahan hingga sebulan atau lebih sekiranya disimpan dengan cara yang betul.


14.      Cara mengurangkan kerengsaan atau alahan kulit ketika memakai tuala wanita :

Caranya ialah sapukan minyak zaiton pada kulit yang terlibat sebelum memakai tuala wanita. Oleh itu tiadalah rasa gatal.. pedih atau rengsa bila menggunakan tuala wanita... kulit akan lebih sihat dan selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment