Tuesday 2 April 2013

Peliharai Kesejahteraan Semua

Kesejahteraan dan ketenangan diri amat mudah dicapai sekiranya kita mendambainya. Kesejahteraan diri amat perlu bagi menjamin kualiti hidup yang terbaik sepanjang hayat. Kurangnya tekanan dari dalam dan luar diri kita mampu meningkatkan taraf kesihatan berkualiti yang menjadi impian setiap dari kita.



Mulakanlah dengan melembutkan hati kita sendiri, barulah boleh kita melembutkan hati insan yang lain yang berada di samping kita kepada yang lebih jauh lagi. Hati yang ceria dan bahagia mampu membangkitkan semangat diri sendiri dan orang lain , walaupun antara kita telah tewas dalam perjuangan yang tersendiri. Hati yang gelap mampu menjadi permata yang bercahaya menyinari dan menjadi penyuluh kepada sebarang kesesatan.



Berdoa dan berusahalah moga kita semua dianugerahi hati yang mulia dan berharga.